Selasa, 23 Oktober 2012

indahnya mati

Alangkah indahnya mati dalam rahmat Allah
Bukanlah meninggal di bulan Ramadhan atau ketika berada di hadapan kaabah atau lain-lain lagi menjadi keutamaan. Akan tetapi meninggal dalam mengerjakan ketaatan ketika berpuasa adalah satu rahmat besar dari Allah. Memang sedih tetapi mereka telah mendapat kurniaan yang hebat
Seorang lelaki amerika berbangsa sepanyol masuk ke sebuah masjid di Broklyn,kota new york pagi subuh.Lelaki ini berjumpa dengan jemaah yang baru selesai solat Subuh dan berkata : Saya ingin memeluki Islam.Selepas selesai belajar mengucap, beliau kemudian belajar solat dengan tekun.
Pada hari ketiga ia memeluk Islam, beliau menceritakan kisah ia boleh terpaut dengan Islam. katanya :
Aku dibesarkan dalam keluarga yang kuat dalam pegangan agama kristian. Oleh kerana ketulusan dan keikhlasanku dalam beribadah maka satu hari aku mimpi bertemu Jesus Al Maseh. Baginda telah menunjukan isyarat satu dengan jari telunjuknya dan bersabda :”Jadilah Umat Muhammad”.Lalu pagi itu aku keluar dan mencari masjid, maka aku jumpa masjid ini dan masuk ke dalamnya .
Setelah lelaki itu selesai menceritakan kisahnya, azan berkumandang dan ia menyertai jemaah bersolat. Apabila sampai waktu bangun dari sujud pada rakaat pertama, lelaki muallaf tadi masih dalam keadaan sujud.Dan setelah jemaah selesai solat, mereka menggerakan lelaki muallaf tersebut akan tetapi mendapatinya sudah pergi untuk selama-lamanya menemui Rabbnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar