Alangkah indahnya mati dalam rahmat Allah
Bukanlah meninggal di bulan Ramadhan atau ketika berada di hadapan
kaabah atau lain-lain lagi menjadi keutamaan. Akan tetapi meninggal
dalam mengerjakan ketaatan ketika berpuasa adalah satu rahmat besar dari
Allah. Memang sedih tetapi mereka telah mendapat kurniaan yang hebat
Seorang lelaki amerika berbangsa sepanyol masuk ke sebuah masjid di
Broklyn,kota new york pagi subuh.Lelaki ini berjumpa dengan jemaah yang
baru selesai solat Subuh dan berkata : Saya ingin memeluki
Islam.Selepas selesai belajar mengucap, beliau kemudian belajar solat
dengan tekun.
Pada hari ketiga ia memeluk Islam, beliau menceritakan kisah ia boleh terpaut dengan Islam. katanya :
Aku dibesarkan dalam keluarga yang kuat dalam pegangan agama
kristian. Oleh kerana ketulusan dan keikhlasanku dalam beribadah maka
satu hari aku mimpi bertemu Jesus Al Maseh. Baginda telah menunjukan
isyarat satu dengan jari telunjuknya dan bersabda :”Jadilah Umat
Muhammad”.Lalu pagi itu aku keluar dan mencari masjid, maka aku jumpa
masjid ini dan masuk ke dalamnya .
Setelah lelaki itu selesai menceritakan kisahnya, azan berkumandang
dan ia menyertai jemaah bersolat. Apabila sampai waktu bangun dari sujud
pada rakaat pertama, lelaki muallaf tadi masih dalam keadaan sujud.Dan
setelah jemaah selesai solat, mereka menggerakan lelaki muallaf tersebut
akan tetapi mendapatinya sudah pergi untuk selama-lamanya menemui
Rabbnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar